Satu istilah yg tak pernah terlintas di benak..setelah meng'google'..dalam bahasa biasa yg paling mudah utk memahaminya adalah lebihan air di dalam otak. Sangat biasa dlm kalangan kanak2..kepala menjadi besar dan banyak komplikasi kepada kanak2 tersebut...Tapi kejadian yg terjadi kepada anak ku adalah disebabkan tumor yg berada di bahagian belakang otak anak ku..
Selepas simptom2 yg luarbiasa drp kebiasaan sifat dan sikap Nabil..akhirnya membawa kami ke KPJ Seremban.Pening,penat,tak bermaya,mengantuk,mata 'cross eyes',loya,mual dan akhirnya kerap muntah...rupanya petanda yg kurang baik. Setelah menerima cadangan supaya Ct Scan dilakukan ke atas Nabil..doktor pakar mata KPJ, Dr.Nariman menjelaskan punca kelainan pada anak ku dan meminta kami merujuk kepada pakar neourosurgeri.
Nak bercerita ttg perasaan sbg ibu tatkala diberitahu keadaan Nabil..satu perasaan yg common pada semua ibu di dunia ini apabila org yg paling hampir n paling disayangi..sedih!!! Tak dpt nak gambarkan kesedihan itu.Lebih2 lagi suami tiada di sisi tatkala perkhabaran diterima drp sang doktor...lebih sedih drp sedih yg teramat sangat..
Dipendekkan cerita..keesokan harinya Nabil kami bawa berjumpa doktor pakar neurosurgeri Dr.Hafiz di KPJ bersama laporan n filem Ct Scan semalam (Jumaat 20/3/2015). Drp perjumpaan yg singkat dan Nabil makin lemah..semakin kerap muntah..kami mengambil keputusan hari ini juga Nabil akan dibedah utk pasang shut di dalam kepalanya spy lebihan air yg semakin meninggi tekanannya dpt disalurkan pada laluan alternatif. Daripada dia menanggung sakit berterusan keputusan perlu dibuat segera..
Pembedahan sepatutnya selepas Asar..ttp Dr.Hafiz ada emergency case dan plan Nabil ditunda pkl 8 mlm.Sehingga pkl 8mlm..bermakna Nabil sudah ditahan drp makan n minum sejak pkl 12 tghari tadi...dah 9jam...tabahnya anakku ... Pembedahan memakan masa selama 2 1/2jam..perasaan sebelum..semasa..dan selepas..mmg tak mampu tak diceritakan..one part Hyrocephalus dah selamat..one part to go..kes dirujuk ke HKL...HKL here we come...
No comments:
Post a Comment