Sunday, May 31, 2015

HKL

Belum dapat melanjutkan catatan..perjalanan yang panjang membuatkan aku jadi letih...penat mental dan fizikal...smpai airmata kesedihan..kegembiraan hampir tak dpt aku kenal pasti antaranya..

Biar lelah..alhamdulillah Allah telah pinjamkan kekuatan pada aku utk mengharunginya tanpa rasa jemu...

Cukup dulu smpai di sini...biarlah lelah ini berlalu seketika...

Friday, May 22, 2015

Hydrocephalus

Satu istilah yg tak pernah terlintas di benak..setelah meng'google'..dalam bahasa biasa yg paling mudah utk memahaminya adalah lebihan air di dalam otak. Sangat biasa dlm kalangan kanak2..kepala menjadi besar dan banyak komplikasi kepada kanak2 tersebut...Tapi kejadian yg terjadi kepada anak ku adalah disebabkan tumor yg berada di bahagian belakang otak anak ku..

Selepas simptom2 yg luarbiasa drp kebiasaan sifat dan sikap Nabil..akhirnya membawa kami ke KPJ Seremban.Pening,penat,tak bermaya,mengantuk,mata 'cross eyes',loya,mual dan akhirnya kerap muntah...rupanya petanda yg kurang baik. Setelah menerima cadangan supaya Ct Scan dilakukan ke atas Nabil..doktor pakar mata KPJ, Dr.Nariman menjelaskan punca kelainan pada anak ku dan meminta kami merujuk kepada pakar neourosurgeri.

Nak bercerita ttg perasaan sbg ibu tatkala diberitahu keadaan Nabil..satu perasaan yg common pada semua ibu di dunia ini apabila org yg paling hampir n paling disayangi..sedih!!! Tak dpt nak gambarkan kesedihan itu.Lebih2 lagi suami tiada di sisi tatkala perkhabaran diterima drp sang doktor...lebih sedih drp sedih yg teramat sangat..

Dipendekkan cerita..keesokan harinya Nabil kami bawa berjumpa doktor pakar neurosurgeri Dr.Hafiz di KPJ bersama laporan n filem Ct Scan semalam (Jumaat 20/3/2015). Drp perjumpaan yg singkat dan Nabil makin lemah..semakin kerap muntah..kami mengambil keputusan hari ini juga Nabil akan dibedah utk pasang shut di dalam kepalanya spy lebihan air yg semakin meninggi tekanannya dpt disalurkan pada laluan alternatif. Daripada dia menanggung sakit berterusan keputusan perlu dibuat segera..

Pembedahan sepatutnya selepas Asar..ttp Dr.Hafiz ada emergency case dan plan Nabil ditunda pkl 8 mlm.Sehingga pkl 8mlm..bermakna Nabil sudah ditahan drp makan n minum sejak pkl 12 tghari tadi...dah 9jam...tabahnya anakku ... Pembedahan memakan masa selama 2 1/2jam..perasaan sebelum..semasa..dan selepas..mmg tak mampu tak diceritakan..one part Hyrocephalus dah selamat..one part to go..kes dirujuk ke HKL...HKL here we come...

#ceritanabil#

Ahmad Mirza Nabil

Ceritera anak bongsu daripada lima beradik. Lahir sejak 14 tahun yang lalu...lebih tepat pada 10 Oktober 2001. Dilahirkan sebagai bayi yang sihat walaupun tempoh kelahiran pada usia 8 bulan dalam kandungan. Aku..ibu yang bermasalah kesihatan pada waktu itu.Tapi alhamdulillah...semua berakhir dengan selamat. Cuma perjalanan ibu selepas melahirkan dan beberapa tahun kemudian terpaksa menjalani pelbagai rawatan pemulihan.

Bukan kisah aku yang dicoretkan di sini..tetapi cerita Ahmad Mirza Nabil. Bermula episod yang boleh diibaratkan sebuah bom yang meledak tanpa detik jam jangka yang dipasang. Tapi itulah ujian ...ujian Allah kepada hambaNya yang perlu diuji. Ujian Allah yang bukan untuk ditangisi(walaupun pada peringkat awalnya air mata mencurah2 ..yang pastinya jika gurun yang tandus akan banjir dengan air mata kesedihan sorang ibu)...tidak perlu keluh kesah.....

Kisah Nabil bermula 21 Mac 2015.......cukup setakat ini sebagai mukadimah.